Tuesday, December 28, 2010

halalkah T.G.I. Friday's???

Saya selalu nampak org melayu gi mkn kat T.G.I. Fridays or tgif for short. Member2saya pun ada yg suka makan kat tgif. Bila ditanya katanya halal, so selama ni saya buat tak kisah jer. Saya pun tak pernah terdetik nk pegi makan kat situ. Tapi setelah ada pengalaman sikit pasal subjek ni saya just nk share pendapat saya ngan semua umat islam yg membaca.

Nak dijadikan cerita...pada suatu hari saya dan hubby keluar. Actually hubby nk gi lunch ngan boss dia and sape ntah pasal keje. Kira business lunch laa ni. Disebabkan tempat nk mkn tu tak jauh ngan ada mall ni and tak jauh ngan tempat tinggal, saya mintak dia ambil saya and drop kat shopping mall tu (Time tu stay sorang2 kat rumah and tgh bosan tahap naga sakti). So encik hubby pun balik lah ambil saya and kitorang gerak nk pegi mall tu utk hantar saya before hubby pegi business lunch tu. Sekali on the way tu boss hubby call and ckp derang dah nk sampai and tempat nk lunch tu is tak jauh dari tempat kitorang tgh berada time tu. So, hubby tanya laa boss dia..boley tak kalau wife dier sorang ni ikut sekali and boss dier ckp ok jer.

Maka, kitorang pun pegi laa kat tempat yg dijanjikan. Tempat tu kat mall jugak tp mall ape ntah nama dia..tak ingat dah. Then meet up with boss hubby and org tu pun ada sekali. Boss hubby pun ckp..jom gi mkn kat tgif. Hubby and I pun pandang sesama sendiri and wonder..halal ke ekk? Sebab boss and org tu pun melayu gak and quite close ngan hubby so kitorang pegi je.

Hmmm...tgk kat restoran tu takde pun logo halal...hati dah rase tak berapa best. Then duduk and diorang kasik menu..dlm menu tu ada tulis "we only serve halal steaks and lambs certified by islamic development department of malaysia" and siap ada logo halal lagi...so cam dah lega sikit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii...dok belek2 menu dia..sekali cam banyak laa pulak masakan yg guna arak...siap nama pun dah ada nama arak contohnya Jack Daniel's Chicken and Shrimps.

Hubby muka cam dah kelat dah bila saya tunjuk kat dia nk bisik yg Jack Daniel's tu is brand arak. Kitorang dua2 dah rasa nk lari je keluar dari kedai tu...tapi sebab ada boss dia and org tu so terpaksa laa tahan diri. Las2 setelah ber"sms" sesama sendiri (sebab rasa tak best plak nk bincang or bisik2 depan boss dia tu) kitorang pun come up with a solution. Kita mkn ikan ajelah and make sure resipi tu takde bende pelik2. Setelah mengkaji menu tgif tu 2 3 kali...las2 saya pun pesan grilled salmon and hubby pesan fish and chips. Makan pun cam tak berapa selera tapi sebab mkn fish je so cam yakinkn diri benda tu halal and telan je. In the end...dua2 org pun makan tak habis..dah tak mampu nk telan dah.

Moral of the story is "CONFIRM SAYA TAK NAK GI MAKAN KAT TGIF DAH!!!". Ramai org akan emo and cakap dah ada logo halal sume tu. Bla Bla Bla...masalahnya is terang2 benda tu masak ngan arak and gunakan arak dalam kebanyakan masakan dia. Memang lah daging dia tu halal sebab disembelih cara islam and dah di-certified...masalahnya bila dah diletakkan air kencing syaitan (arak) tu sekali dgn daging halal tu tak ke dah jadi haram utk dimakan tu??

Ada pula org ckp kalau tanak makan yg ada arak boley cakap ngan derang tanak letak arak dlm masakan tu. Tapi..mcm mana ngan bekas2 yg derang dah gunakan untuk masak masakan yg sebelum tu? Yakin kah anda derang cuci betul2 everytime lepas masak and before nk masak something new?? Islam juga terang2 cakap kalau ada ragu2..baik tinggalkan.

Ada banyak lagi kedai lain di Malaysia ni yang memang confirm halalun toyyiba kenapa kita nk juga pegi kedai yg kita sangsi? Sebagai umat islam...kita selalu ambil ringan benda2 ni padahal isu makanan halal ni sepatutnya kita jadikan isu utama. Apa yang kita makan akan jadi darah dan daging kita...kalau dah makan tu kita menyesal mcm mana pun dah terlambat sbb dah jadi part of our body..dah jadi darah and daging laa. Saya still rasa tak best sebab makan kat tgif tu. Saya cuma berdoa yg apa yg kitorang makan haritu mmg halal and allah ampunkn kami sekiranya bersalah. Aminnn.

2 comments:

Dr Zaira said...

hurm susah gak kan... tu la. saya suka kot makan tgif. steak gedabak2 puas makan.

huhu if tak halal apa jadi dengan darah daging saya?

:(

hana said...

yeah..
btol3...
bnde yg ragu2 baek kite tingglkn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...